Thursday, 31 May 2018

Pulau Perhentian, Terengganu (Trip 2Hari 1Malam)


Assalamualaikum.



Selamat Pagi. Selamat Tengahari. Selamat Petang dan Selamat Malam. Sesungguhnya ketika entry ini ditulis, aku dalam keadaan begitu mengantuk kerana tidur 3 jam sahaja. Siapa suruh kan? Hahaha. So, di kesempatan yang ada ni aku ambil lah kesempatan untuk menghupdate entry sambungan kepada episod lepas Ke Ganu Ke Kita. Kali ni kita ke Pulau Perhentian chuols! Our highlight! Gittew. Maafkanlah kecelaruan penggunaan tatabahasa dan ayat ayat rojak ku. Kehkehkeh.

So, nak di jadikan cerita masa pergi Pulau Perhentian ni, kami hanya tempah untuk Day Trip punya pakej sahaja dan berbekalkan kelam kabut di pagi hari sebab secara tiba-tiba mendapat panggilan penaja dan sempat buat sarapan 3 keping sandwich aje, maka ke jeti lah kita. Sampai je jeti masa tu lah masalah datang. Dah mula lah kisah dia tak sedap hati, dia rasa nervous, dia itu dia ini. Dan masa tu our agent cakap cuaca buruk dan di sebabkan oleh melibatkan nyawa mungkin trip kami akan di batalkan. Korang boleh faham tak kesedihan hati kitorang time tu? Jauh tau datang ni. Tapi atas faktor keselamatan kena lah akur. Dan tak tahu macam mana, agent kitorang yang sangat baik hati ni, bagi kitorang duduk dekat resort dia free. Free okay. FREE. I ulang, FREE hahahaha. So, makanya dapat lah kitorang duduk dekat Pulau. So jadilah 2hari 1malam punya trip ke Perhentian. Bedal........


Ber Mail Lambung betul time ni


Ketahui lah bahawa ketika ini aku duduk dengan tidak senonohnya hahaha


Lepas je agent kitorang arrangekan tempat tinggal kami semua dekat Perhentian, so kita pun bergerak lah ke Pulau Perhentian Besar. Masa ni Perhentian Kecil tak boleh masuk so tak ada chance lah aku nak ke Kincir Angin zobsssss. Padahal benda yang aku nanti-nantikan adalah nak pergi Kincir Angin. Maybe kena repeat lah tu hahahahaha. Mase dalam perjalanan pergi tu mulut memang tak berhenti berzikir and ingat Tuhan. Sumpah pengalaman paling menakutkan sepanjang aku naik speedboat sebab cuaca laut memang tak elok hahahahaha melambung lambung bersama mail lambung sangat tapi alhamdulillah selamat jugak sampai destinasi.

Lepas je check in rehat sekejap, pukul 2 petang boatman suruh tunggu dekat jeti sebab nak pergi snorkeling. Aktiviti merentungkan kulit la noks ape lagi hahahaha. Oh, btw kitorang duduk dekat Arwana Perhentian. Alah tempat Fattah Amin dengan Fazura tu ler. Kuikuikui. Masa pergi snorkeling ni, bagus weh diorang ni. Diorang akan ajar macam mana untuk berenang (obviously dengan pakai life jacket lah) bagi mana yang tak pandai berenang macam aku ni. Bagus lah. Yang ajar pun muda-muda. Dekat laut tu memang dia akan guide kita. Jangan tanya kenapa masa tu aku macam bercinta pulak dengan boat man tu sebab berenang berdua dengan dia. Nasib belum berlaki noks! hahahaha. Tanpa berlengah, ayuhlah tengok gambar kahkahkah.



Kita berenang dari tak berapa tengah laut sampai ke pantai. Kita dah pandai berenang okehhh. Ade life jacket lah tapi hahaha.


Turtle!


Punyalah susah nak jejak penyu ni oi





Team Perhentian Syazwani 


MashaAllah muka macam ikan! Hahahaha


Shahrul, Nad, Me and Zety

Tak banyak pun gambar yang nak di tunjuk kan? Pergilah sendiri kalau nak tahu kecantikkan Pulau Perhentian ni macam macam. For me, masa waktu malam sangat lah tenang ye. Kitorang lepak tepi pantai sambil minum air dan tengok fire show. Lepastu tak fikir masalah. Masa tu sumpah aku rasa semua beban hidup macam tak ada. Punya lah damai rasa hati. Dengan hp tak ada line jadi bebas lah aku daripada gangguan-gangguan luar hehehe.

Tak panas ke dik.

Tudia, dia main baling baling pulakkk


Balik tu pun sambil berbual borak2 kisah kehidupan yang sedehhhh piluu senduuu. So tamatlah untuk hari pertama di Pulau. Sekejap je esok nak pulang dah. Sebelum balik tu confirm lah merayau bagai hilang arah dekat Kuala Terengganu tu. Ha tekalah kitorang ke mana! Teka lah! Hahahaha. Ke Pasar Payang je dik non. Kena tahu semua ni dah masuk umur untuk beli barang untuk mak mertua, anak buah, ibunda, nenda. Makanya Pasar Payang lah sebagai pilihan. Macam biasa Nurul Syazwani lah paling berjimat sekali. Untung bakal suami aku. Kah kah kah. Lepas je penat berjalan dekat Pasar Payang terus lah balik menghala ke Nilai sebab nak hantar Zety dulu. Nasib baik lah esoknya cuti kalau tak mahu merangkak aku dekat office. Hahaha.












Pilih Kak, Pilih

Aku cakap dekat nad, songket pink tu aku nak buat baju tunang. Nampak sangat lah tipu sebab aku tak nak tunang pun kahkahkah


Kuala Terengganu

Dengan berakhirnya episod di Pasar Payang, maka berakhirlah episod menjelajah Terengganu oleh Wani. Tak dan masa ni nak ambil gambar cantik-cantik sebab rasa macam eh busy nya diri ini menikmati tidur serta menjamu mata serta menjamu selera hahahaha. So far apa yang aku boleh cakap, aku pasti akan repeat Perhentian sebab nak pergi Perhentian Kecil. Sedih sebab tak dapat pergi Kincir Angin. So next time,I'll make sure dapat pergi sana. gitu omputih kau ado? hahaha. Nak pergi dengan siapa pula ya akan datang? Hmmm. Let see. :)


Xoxo,
Nee





Friday, 20 April 2018

Ke Ganu Ke Kite: Terengganu Darul Iman

Assalamualaikum.

Bertemu kembali kita di episode baru. Kehkeh. Belum apa-apa dah sibuk terkekeh aku ni. Tak lawak pun padahal hahaha. Okay, untuk entry kali ni geng kita sudah berubah. Kali ni aku pergi bercuti dengan geng Uitm aku yang satu-satunya duduk dekat Johor sama dengan aku iaitu Nadia! Ye si tahi lalat Nadia yang manis hahaha. Sebenarnya trip kali ni Nad yang plan aku pulak di lantik sebagai bendahari cekik darah jadi dengan berbekalkan RM400 seorang dan jumlah manusia seramai 4 orang termasuk diri saya sendiri, ayuhlah kita ke Terengganu!! Wohohohoooo.


Image result for terengganu

Nananan ganu kita sangat. Actually plan pergi Terengganu ni sebab utamanya adalah nak pergi Pulau Perhentian. Memandangkan kitorang ni plan last minute dan waktu tu waktu cuti sekolah jadi kebanyakkan tempat tinggal dekat pulau dah full. Tapi tapi tapi ada keajaiban yang berlaku hahaha, tu nanti kita cerita dekat special entry untuk Pulau Perhentian nanti okay.

Perjalanan daripada Johor Bahru memakan masa hampir 8 jam itu pun lepas tolak berhenti makan sarapan apa semua lah. Untuk hari pertama kita terus ke Kuala Besut memandangkan esoknya kita nak pergi Day Trip punya island hopping and snorkeling dekat Pulau Perhentian (pardon my rojak). Jadi sementara nak ke Kuala Besut tu, seharusnya lah kita singgah menyinggah dekat tempat makan sedap-sedap sepanjang perjalanan. 




Pantai Batu Burok


Feeling sat


Buai laju laju, sampai.......



Geng sama umoq


Kongsi pengalaman hidup sikit hahahahaha


Laki bini ni hmm hahaha

Bukan keria antarabangsa tapi keria viral. 


Masa sampai je tengahari dekat Kuala Terengganu, pastinya lah semua kebulur dan nak cari makan. Niatnya nak makan dekat ICT Pok Nong, tapi hari Jumaat dia bukak pukul 3 petang. So sementara nak menunggu 3 petang tu wanita-wanita lepak lah cari makan kudap-kudapan dekat Pantai Batu Burok ni. Pantai rekreasi lah. Best betul ada tempat macam ni. Kenapa lah JB takde :( So, lepas daripada lepak dekat sini, teruskan lah perjalanan ke kedai Pok Nong tu. Ramai dik oi. Ramai gilaaa dan sempat lah aku beratur yang kelakarnya beratur sejam tapi makanan tak keluar-keluar. Janji melayu sungguh tau. Di sebabkan malas nak tunggu, so kitorang decide untuk pergi ke kedai lagu satu Firdaus tak silap nama. Betul-betul sebelah airport Kuala Terengganu. Sedap juga dan tak ramai orang. Tu yang penting! Pok Nong lain kali lah kita berjumpa ya. Nak rasa jugak kesedapan yang di war-warkan tu. Tapi takde rezeki.

Depan Kedai Pok Nong

Celup Tepung

Lepas je daripada mentah kedarah, teruskan lah perjalanan terus ke Kuala Besut. Aku macam biasa lah sepanjang perjalanan memang kerjanya membuta je. Kahkahkah. Tak membantu langsung hahahahaha. Sampai je dekat rumah yang kitorang sewa untuk satu malam, terus rasa macam teruja gitu. Wow shop sangat! Bersih cantik kemas wangi. Lepas kemas-kemas dan mandi siap untuk makan malam. Seharusnya lah mencari lagi tempat makan sedap untuk makan malam kan. Sebelum tu sempat singgah Giant dekat Jerteh dulu untuk beli stok makanan esoknya nak pergi Pulau Perhentian. Yang lawaknya, semua makanan tu tertinggal dalam boot kereta. Tak guna betul hahahahaha. Malam tu kitorang pergi makan dekat Zul Ikan Bakar. Ikan bakar dia memang padu teruks dan lagi sekali ramai nak mati ye umat. Kena lah berdiri tunggu. Serba salah pulak rasa dekat kawan-kawan aku sebab aku yang suggest tempat ni hahahaha. Tapi Alhamdulillah tak lama tunggu dapat meja. Rezeki. Makan pulak sedap. Memang berbaloi sangat ler.


Bilik saya

Our Dinner Ikan merah dan siakap bakar. Sotong dan udang celup tepung

Lepas je makan malam, apa lagi marilah pulang sebab esoknya nak bangun awal dik oi. Masa memang banyak habis dalam kereta jelah memang. Barulah road trip! Hahahahaha. Road trip mende tah tidur sepanjang masa. Btw, Terengganu memang cantik and makan sedap. Nasib baik kita tak masuk kelate, kalau masuk kelate bau budu la tangan aku kahkahkah!. So tamat lah kisah hari ini. next entry kita cerita pasal Pulau Perhentian pulak. Part Pulau Perhentian ni memang terasa adventures sangat trip kitorang ni hahaha. Dan for the first time aku betul-betul rasa ketengangan jiwa yang amat masa lepak dekat pantai perhentian ni. The best feeling I had so far. Amboi omptih kaw! Hahahaha. Jadi nantikan episod akan datang yeee! Gituuuuuu promote entry sendiri. Hahaha. See you!


Terima Kasih kerana membaca! 


xo,
Nee

Wednesday, 7 March 2018

Regalia Residence, Kuala Lumpur

Assalamualaikum w.b.t


Jadi kali ni tempat yang akan saya perkenalkan adalah jeng jeng jeng. Jeng jeng sangat tajuk dah tulis ek hahahaha. Sebelum aku merepek dengan lebih mendalam serta menjengkelkan, marilah aku beri serangkap pantun hipster. Kekekeke.

Regalia Residence nama di beri, 
Tempat persinggahan geng Puteri, 
Niat hati memula nak pergi mandi pool infinity,
Malangnya malam itu semua tidur mati.

Yeee bener. ye ye oo je pilih tempat ni sebab nak pergi berendam dekat infinity pool dia yang view KLCC very the wow tu, tapi memandangkan semua kepenatan lapor tidur memasing so kita mandi jela dalam bilik air sendiri hahaha. Tapi malam tu sempat aku capture beberapa moment dari rooftop. Mase tu baru lepas hujan jadi view dia tak berapa clear but still magnificent.


Amazing view from rooftop

Depan kita tu pool the famous amos infinity pool

Mira with her son, Faaeq

Our place

Looking nice

My bedroom.


Aku tempah bilik ni thru Airbnb and the host baik. Rumahnya pun same je macam dalam gambar so memang meet kita punya expectation lah. Tak macam hotel kan gambar je gempak kejap lagi toilet berdaki. Pui. Hahahaha. So far good experience lah duduk Regalia ni. Semuanya dekat. Dan untuk reunion puteri kali ni yang dah lama gila tak jumpa tak silap semua jumpa time Wewe kahwin tahun lepas. Now semua dah jadi bini orang kecuali aku dan syida hahahaha. The best is yet to come omputih kata. Malam tu pergi keluar cari makan and we choose untuk makan dekat RSMY Best Cheese Nan. Memang best wei! Cheese nan dia dengan kambing dia fulamak pergi tak balik-balik lah, Padu beb hahahaha.

Jumpa daddy Izil and his wife yang merupakan kawan kami juga Puan Wafa. jodoh kan siapa tahu kekeke

Nan cheese power sampai repeat 2 kali

The Puteri's + satu putera Faaeq

Macam-macam perkara kitorang borak malam tu. Gelak macam syaitonirojim lagilah jangan cerita memang kepakaran masing-masing. Yang kisah lain-lain tu kena simpan tak boleh cerita. Confidential teruk tu hahahaha. So far, I had an amazing day with my girls. Tapi tak terubat sangat rindu. Dapat jumpa sebentar je mana puas. Diorang adalah orang yang amazing berada dalam my circle. Aku ni memang tak banyak kawan dan tersangat memilih kawan but thank God diorang ni memang kawan yang sangat terbaik pernah aku ada dalam hidup selepas Alin, Huda and Safa. So guys, search quality over quantity ye? Hehehe. InshaAllah lepas ni kalau ada rezeki and jodoh kita jumpa lagi okay girls. And big thanks to Nad sebab tumpangkan aku dari Jb ke Kl walaupun kena ikut majlis dia kekeke. Well I'm having so much fun masa tu buat gubahan sampai 4.30 pagi. Oh yes, if you area Johor Bahru dan nak tempah dulang hantaran can contact kawan kesayangan saya Nadia ni. Instagram dia: @classytalesweddings.my (you may click the link) and please support my own brand tudung dekat Instagram: @neenish.co . Kita jual murah-murah je.

Thank you for reading!

xoxo,
Nee