Friday, 20 April 2018

Ke Ganu Ke Kite: Terengganu Darul Iman

Assalamualaikum.

Bertemu kembali kita di episode baru. Kehkeh. Belum apa-apa dah sibuk terkekeh aku ni. Tak lawak pun padahal hahaha. Okay, untuk entry kali ni geng kita sudah berubah. Kali ni aku pergi bercuti dengan geng Uitm aku yang satu-satunya duduk dekat Johor sama dengan aku iaitu Nadia! Ye si tahi lalat Nadia yang manis hahaha. Sebenarnya trip kali ni Nad yang plan aku pulak di lantik sebagai bendahari cekik darah jadi dengan berbekalkan RM400 seorang dan jumlah manusia seramai 4 orang termasuk diri saya sendiri, ayuhlah kita ke Terengganu!! Wohohohoooo.


Image result for terengganu

Nananan ganu kita sangat. Actually plan pergi Terengganu ni sebab utamanya adalah nak pergi Pulau Perhentian. Memandangkan kitorang ni plan last minute dan waktu tu waktu cuti sekolah jadi kebanyakkan tempat tinggal dekat pulau dah full. Tapi tapi tapi ada keajaiban yang berlaku hahaha, tu nanti kita cerita dekat special entry untuk Pulau Perhentian nanti okay.

Perjalanan daripada Johor Bahru memakan masa hampir 8 jam itu pun lepas tolak berhenti makan sarapan apa semua lah. Untuk hari pertama kita terus ke Kuala Besut memandangkan esoknya kita nak pergi Day Trip punya island hopping and snorkeling dekat Pulau Perhentian (pardon my rojak). Jadi sementara nak ke Kuala Besut tu, seharusnya lah kita singgah menyinggah dekat tempat makan sedap-sedap sepanjang perjalanan. 




Pantai Batu Burok


Feeling sat


Buai laju laju, sampai.......



Geng sama umoq


Kongsi pengalaman hidup sikit hahahahaha


Laki bini ni hmm hahaha

Bukan keria antarabangsa tapi keria viral. 


Masa sampai je tengahari dekat Kuala Terengganu, pastinya lah semua kebulur dan nak cari makan. Niatnya nak makan dekat ICT Pok Nong, tapi hari Jumaat dia bukak pukul 3 petang. So sementara nak menunggu 3 petang tu wanita-wanita lepak lah cari makan kudap-kudapan dekat Pantai Batu Burok ni. Pantai rekreasi lah. Best betul ada tempat macam ni. Kenapa lah JB takde :( So, lepas daripada lepak dekat sini, teruskan lah perjalanan ke kedai Pok Nong tu. Ramai dik oi. Ramai gilaaa dan sempat lah aku beratur yang kelakarnya beratur sejam tapi makanan tak keluar-keluar. Janji melayu sungguh tau. Di sebabkan malas nak tunggu, so kitorang decide untuk pergi ke kedai lagu satu Firdaus tak silap nama. Betul-betul sebelah airport Kuala Terengganu. Sedap juga dan tak ramai orang. Tu yang penting! Pok Nong lain kali lah kita berjumpa ya. Nak rasa jugak kesedapan yang di war-warkan tu. Tapi takde rezeki.

Depan Kedai Pok Nong

Celup Tepung

Lepas je daripada mentah kedarah, teruskan lah perjalanan terus ke Kuala Besut. Aku macam biasa lah sepanjang perjalanan memang kerjanya membuta je. Kahkahkah. Tak membantu langsung hahahahaha. Sampai je dekat rumah yang kitorang sewa untuk satu malam, terus rasa macam teruja gitu. Wow shop sangat! Bersih cantik kemas wangi. Lepas kemas-kemas dan mandi siap untuk makan malam. Seharusnya lah mencari lagi tempat makan sedap untuk makan malam kan. Sebelum tu sempat singgah Giant dekat Jerteh dulu untuk beli stok makanan esoknya nak pergi Pulau Perhentian. Yang lawaknya, semua makanan tu tertinggal dalam boot kereta. Tak guna betul hahahahaha. Malam tu kitorang pergi makan dekat Zul Ikan Bakar. Ikan bakar dia memang padu teruks dan lagi sekali ramai nak mati ye umat. Kena lah berdiri tunggu. Serba salah pulak rasa dekat kawan-kawan aku sebab aku yang suggest tempat ni hahahaha. Tapi Alhamdulillah tak lama tunggu dapat meja. Rezeki. Makan pulak sedap. Memang berbaloi sangat ler.


Bilik saya

Our Dinner Ikan merah dan siakap bakar. Sotong dan udang celup tepung

Lepas je makan malam, apa lagi marilah pulang sebab esoknya nak bangun awal dik oi. Masa memang banyak habis dalam kereta jelah memang. Barulah road trip! Hahahahaha. Road trip mende tah tidur sepanjang masa. Btw, Terengganu memang cantik and makan sedap. Nasib baik kita tak masuk kelate, kalau masuk kelate bau budu la tangan aku kahkahkah!. So tamat lah kisah hari ini. next entry kita cerita pasal Pulau Perhentian pulak. Part Pulau Perhentian ni memang terasa adventures sangat trip kitorang ni hahaha. Dan for the first time aku betul-betul rasa ketengangan jiwa yang amat masa lepak dekat pantai perhentian ni. The best feeling I had so far. Amboi omptih kaw! Hahahaha. Jadi nantikan episod akan datang yeee! Gituuuuuu promote entry sendiri. Hahaha. See you!


Terima Kasih kerana membaca! 


xo,
Nee

No comments:

Post a Comment