Monday, 11 May 2015

Krabi

Assalamualaikum.

Yes ini adalah belog saya yang baru di mana belog lama sudah dipadam atas sebab-sebab tertentu. Kehkehkeh. Dengan ini, ai olls nak cerita lah pasal trip ai olls ke Krabi, Thailand bersama puteri's gonjeng (nama group kami masa uitm). Trip kali ni cuma bertiga aje. 


Baiklah percutian kitorang bertiga mula daripada  27hb march 2015 sampailah 30hb march. Sekejap je nok. Tapi aku gerak awal sikit lah disebabkan aku yang paling jauh dekat jb. Jadi aku ambik bus pergi ke Klang tidur rumah Wewe. Sebelum tu aku tukar duit Thai Bath 6,000 bath dengan harga RM702.00 (mahal). Flight aku return RM322.00 (sebab beli lambat, kawan aku rm200++ je)



26/03/2015(Khamis)


Balik terus daripada kerja pukul 5.30, terus siap-siap mandi untuk kejar bus. Bus aku pukul 8.30 malam.   olong 

2.00am
Sampai Klang, singgah mekdi kejap balik dan zzzz


27/03/2015(Jumaat)

Gerak ke KLIA2 lebih kurang jam 2.00 petang sebab flight kami pukul 5.00 petang so sempat lagi lah. Sampai airport terus check in baggage. Mira sorang beli kami tinggal humban je beg kami atas nama dia. Muehehehe. Almaklumlah banyak bawak barang larangan masuk kabin (pefume, ubat-ubatan, kosmetik)






Lepas siap semua so just tunggu mase untuk pergi security check blah blah blah. Pukul 4 something kami dah bergerak ke balai berlepas. Dan disebabkan aku first time pi luar negara naik kapal terbang so aku punya gelabah dan noob memang terserlah habis lah. Nasib baik ada abang kastam baik hati guide aku wakakakakakaka. Buek malu je lah ny oi. So lepas settle semua. Tunggu masa untuk boarding dan berlepas untuk ke Krabi! Yahoooooo!!













Sampai Krabi terus pergi cari transport untuk ke Ao Nang. Kitorang decided untuk ambil kereta sehala pergi kitorang punya hotel dekat Ao Nang. Mostly yang datang memang akan pilih untuk duduk dekat area Ao Nang lah sebab bandar dia hidup. Kalau Krabi town krik krik sikit lah heheh. Nama hotel kitorang View La Villa. Punya la kitorang asyik tersasul jek cakap La View Villa. Hahahaha. Nasib baik orang tu paham.





Lepas settle check in hotel kitorang mandi-mandi settle diri sendiri and keluar cari makan dan jalan2 survey aktiviti apa kitorang nak buat esok. Masa keluar malam tu punya lah kitorang menapak cari kedai makan tapi tak tahu kenapa macam sengal sangat singgah satu kedai ni. Aku tak ingat pulak kedai dia nama apa tapi dia belah ke atas bukan belah ke laut dekat dengan area bertentangan masjid. Tak sedap okay! Menyesal. Hahahahahaha.




Lepas makan, jalan-jalan sekejap dekat Ao Nang tu, memang hidup betul malam-malam. Seronok. Dekat situ nanti macam-macam package kau bole jumpa untuk buat aktiviti dekat sana. Harga semua lebih kurang je tapi pepandai lah pujuk rayu. Kahkahkah. Kitorang decided untuk pergi Phi Phi Island Trip. Disebabkan ni percutian budget so tak dapat lah nak joli sakan. Sob sob. 



















Dah penat jalan balik hotel dan zzzzzz lah ape lagi sebab esok nak kena bangun pagi. Nak berjimba. Ya berjimba!!




Kos untuk hari pertama
Taxi daripada airport ke Aonang: 200 bath ( 1 taxi 600 bath bahagi 3 orang)
Hotel: 3600 bath (4hari 3malam, Sorang 1200 bath)
Makan Malam: 100 bath (nasi goreng ape entah + air kelapa fresh)
Phi Phi Island Trip: 1000 bath (sebab time peak season)
Banana Nutella Pancake: 400 bath




TOTAL: 2900 bath



Hari Kedua 28/03/2015(Sabtu)




Pagi-pagi buta dah bangun pukul 7 lebih sebab nak pergi phi phi island trip. Okay untuk hari kedua ni just banyak gambar je aku malas nak membebel satu per satu. Hahahaha layan.






Kami bertiga je


















Malaysia Vs Korea














Lepas trip kami balik dalam pukul 5 petang, balik bilik tak pikir ape dah terus tidur macam orang lapor tidur memasing. Hahaha. Dengan muka yang dah sunburnt. Petang tu kami keluar untuk cari makan malam and biase lah jalan-jalan. Berjalan jekla keje kami. Malam ni kita pergi Krabi Night Market pasai sana barang murah depa kata. Jadi dengan poyo nya kami naik tuk tuk ke sana. Jauh jugak daripada AoNang. 



Balik daripada Krabi town, perut tak boleh tahan dah. Aku beli chicken and beef pad thai. Kedai dia betul-betul depan hotel yang aku duduk. Pad thai dia memang terbaik gila, aku tak tahu lah rencah ape yang dia letak memang sedap giler kebabom haa terbayang-bayang dah ni. Kehkeh.


Menu Wajib Cuba. Ni yang aku cuba dan memang sedap nak mati lah. Bagi aku lah. Yelah ai olls ni tolak batu and kayu je hahaha. Calon-calonnya adalah:-

Pad Thai Chicken
Pad Thai Beef
Sotong Bakar (lupa nama thai dia apa)
Banana Nutella Pancake (Pak Aziz)















Kami tapau je semua makanan tu dan makan dalam bilik hotel atas faktor tertentu tapi sebelum tu lepak depan hotel sambil makan pancake pak aziz tu dan borak-borak hampir 11.00 malam dan percayalah makan malamku bermula pada 11 malam. Ya saya sedih ketika itu pasal pad thai saya dah sejuk! Cis! Sesudah kita makan dengan penuh rasa nikmat dunia yang sementara ini (hehe) makan kami pun borak-borak dan tidur.

Kos untuk hari kedua
Phi Phi Island Trip: Dah bayar hari pertama (include lunch sedap gilos)
Snickers 3 ketul: 60 bath  
Tuk-tuk: 268 bath (Return to Krabi 800 bath bahagi 3 orang)
Sourvenir: 1200 bath (8 helai baju, 3 pouch & fridge magnet tak ingat berapa banyak)
Makan Malam: 77bath (Total 230 bath bahagi 3 orang sebab makan kongsi)
Mango Sticky Rice: 35 bath (sendiri mengada nak makan)





TOTAL: 1,640 bath


Hari Ketiga 29/03/2015(Ahad)





Hari ni kami bangun lewat sikit lah pasal hari ni nak free and easy je. So aktiviti untuk hari ke 3, kami ambil angin (angin panas *kipas*) di sekitar Ao Nang dengan menaiki motor yang kami rembat daripada kawan kami yang kebetulan ada di Krabi. Jimat duit hehe. Apa lagi pacak tiga lah cerita dia. Nasib baik semua kurus bak model antarabangsa. So tak lah nampak macam badak bersama rakan-rakannya. Kahkahkah.


Kami mulakan aktiviti pagi kami dengan mencari makan. Kita terus makan lunch lah memandangkan dah nak dekat 11 pagi jadi kita lunch terus okay. Kami makan dekat gerai tepi jalan kawasan pantai Ao Nang. Memang pelbagai pilihan yang menarik hati atau mungkin aku je yang over jakon nampak makanan. Acewah. Harga murah dan yang penting halal dan sedap nyum nyum.









Lepas sedap mencekik, kami duk round-round dekat Ao Nang, ceruk ceruk semua lalu (lah sangat) main pakai bantai je dan semestinya lah Siti Nur Munirah kita punya rider pasal lagi dua orang tahu drive kereta dan basikal sahaja. Agagagaga. Cantik kawasan Krabi ni. Kalau kome jenis pencinta alam serta pulau-pulau macam hakak ni memang tak nak balik lah cerita dia. Tapi disebabkan panas yang melampau, kaki aku macam kena panggang dah lah pakai slipper. Mana tak nya duk terpusing-pusing area Ao Nang tu naik motor masa tu pukul 12pm dan rakan-rakan. Haaa memang terpanggang garing lah kulit mulus kami bertiga. Hehe.







Jalan punya jalan sambil menjerit kaki macam nak tersiat kulit akibat tak tahan panas terik mentari, so kita decided untuk park motor dan jalan kaki. Maka dengan itu kami terus pergi massage. Massage satu badan kau. First time tahu tak aku massage dengan orang lain nasib baik perempuan. Udah ler kena naked hahaha (kain batik disediakan) tak kan lah nak naked ye tak? Budak yang urut aku tu tak best. Mementang aku cikeding, dia bagi aku tukang urut yang newbie. Cis!

Sejam selepas aktiviti mengurut. Kita teruskan aktiviti dengan jalan lagi. Ye asyik jalan je. Jalan sampai lebam. Kali ni jalan kaki. Sebelum tu sempat merempit sekejap beli air strawberry blended, fishball fishcake dan seangkatan, beli ayam goreng, beli goreng pisang. Ayam goreng dia sedap gila! Tak sempat dan memang tak teringat pun nak snap gambar sebab dah tak boleh tahan godaan hahahaha. Lepas jalan-jalan petang, boleh pulak terjumpa dengan geng Korea kitorang, sempat lah borak sekejap. Lepas tu jalan dekat Aonang Street dan balik hotel tidur…



















Malam tu malam terakhir kami di Krabi jadi kita pusing lagi bandar Ao Nang naik motor sebelum pulang motor balik pukul 8malam. Untuk yang nak sewa motor, 24jam harga range dalam 200-250 bath. Pepandai lah kome semua mencari. Bersepah je dekat sini. Lepas pulang motor kepada owner motor na kap, kami jalan untuk cari kedai makan yang mampu untuk kami memandangkan duit memasing tinggal seciput je. So kami decided untuk cari kedai makan berdekatan masjid yang sudah pastinya mesti makanan halal yang banyak. Jadi ada satu gerai makan tepi jalan, lupa pula nama kedai apa. Memang sedap terbaik bak anggg! Tomyam dia sedap sangat aku sampai hirup banyak kali sebab nak tahu dia letak apa benda rasa apa semua mak nenek tapi aku gagal hahahaha.

Lepas makan macam biase la ada duit lebih sikit aku pergi beli sourvenir lebih sikit untuk diri sendiri dan kenalan rapat. Lepak makan pancake lagi (hari-hari aku makan pancake pakcik aziz tu) hahahaha. Dan selepas sedap melantak pancake, kita sambung jalan-jalan pulak. Siap berhenti tepi tengok pertunjukkan api dekat club. Situ club and pub diorang terbuka, so kau duduk tepi jalan pun dah nampak macam mana. Aku tak masuk lah. Berhenti je tepi kaki lima tu semata-mata nak tengok pertunjukkan api tu. Jakun kan. Hehehehe. Habis daripada tu lepak kedai yang kami makan malam tadi tu duduk mengeteh borak-borak sampai 1pagi, terus balik bilik dan tidur sebab flight esok pukul 7 pagi.


















Kos untuk hari ketiga
Makan tengahari: 120 bath
Kudap-kudapan: 100 bath
Massage: 250 bath
Van to airport: 200 bath
Makan Malam: 140 bath
Sourvenir: 600 bath (3 helai baju + 1 pack big pouch ada 3 pcs)


TOTAL: 1,410 bath

Hari Terakhir 28/03/2015(Sabtu)

Dengan berat hatinya, hari ni kita akan pulang ke Malaysia. Ceh macam jauh sangat je kan hahaha. Subuh-subuh sebelum subuh hah dah bangun sebab flight pukul 7pagi. Dengan semangat senipis tisu, bangunlah kami untuk pulang ke tanah air. Hahaha geli sangat macam pergi London je. Total habis di Krabi 5950 bath so ada balance 50 bath lagi dalam tangan aku muehehehe. So good bye Krabi, Thailand. Semoga berjumpa lagi di masa akan datang…
















Dah sampai KLIA dan ayuhlah pulang ke JB. Sobs






P/S: Bajet boleh dikurangkan mengikut nafsu dan nilai mata wang anda ketika itu. Hihi. Xoxo.

No comments:

Post a Comment