Wednesday, 13 July 2016

Sabah Day 2 - Kinabalu Park, Canopy Walk


Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu,
Tinggi lagi sayang sama kamu.


Haluuuuuuuuuuuuuuuuuu. Assalamualaikum hehehe. Hai kawan-kawan maaf di atas betapa terhegeh nya nak update next entry hari kedua dekat Sabah. Makanya hari ini saya menunaikan janji yang terkandas selama sebulan lebih eh ke 2 bulan? Hahahaha. Jadi sambung untuk hari kedua di Sabah. Pepagi dah bangun noks. Terkejut Mak Nok pepagi bangun pukul 6 tapi dah macam 7 setengoh! Lupa pula kita di negeri oghang. Bangun pagi gosok gigi tapi tak mandi terus bersiap cecantik lah sangat untuk turun breakfast. Tak actually part tak mandi tu tipu. Mestilah kita mandi, kita kan kena sentiasa wangiiiiii. Hahaha. After breakfast terus keluar jalan-jalan area Kampung Kundasang sekejap menghirup udara segar. Memang segar! Dan tak lepaskan peluang bergambar bersama abam Gunung KInabalu ahaiiii hai.




Salam Satu Gunung Kinabalu. Siapa cantik? Cepat Jawab! 



Muka bloated habis khennnn jalan-jalan dekat Kundasang yang begitu indah dan tenangggggggg sekali.


After kita punya Mr Chiwon sampai, kita semua gerak ke Poring Hot Spring & Kinabalu Park. Dekat Poring Hot Spring tu kami duk naik lah jambatan gantung tu. Jambatan gantung ke nama dia? Ada kolam air panas yang memang kemain panas chuolls! Lepas berpeluh sakan mendaki bukit semata-mata nak merentas jambatan gantung yang tak sewammmmms itu, kami pi celup kaki sat dekat air panas yang super panas sebelum gerak ke Kinabalu Park. Oh ya before gerak ke Kinabalu Park, kami balik ke hotel balik sebab nak check out dan makan tengah hari. Lepas tu ke Kinabalu Park ler kitaaaaaaa! Tempat yang ku tunggu-tunggu! Sumpah eh Kinabalu park dia punya tempat superb habis memang kena dengan konsep jiwaku betul lah. Sesambil usha brother sexy hiking wahhhh hai abang hahaha. Tempat dia sangat sangat menenangkan dan sejuk! Best terokss bak kata budak-budak hipster. Hahaiiii.


Jambatan Gantung @ Poring Hot Spring


Wah aku tidak gentarrrrr!



Dekat Kinabalu Park yang super bestnya kalau hike dekat sini weh. Malangnya kaki tak mengizinkan. Sobs



My lunch yang sangat menyihatkan. Oh itu bukan shark fin soup. Itu sup jagung *insert emoticon sedih*



Bukan selera saya. Saya selera tidak menyihatkan. Asam pedas please.


So right after kami habis menghirup udara yang sangat segar di "pit stop" terendah Gunung Kinabalu (hanya itu yang mampunya), kami terus bergerak ke Kota Kinabalu. Dalam perjalanan yang mengambil masa 2 jam, semestinya lah aku membuta dengan penuh gaya sekali. Gambar ada, tapi tak kan lah I nak tunjuk engkorang kan. Jatuh ler saham kitaaa. Hahaha. Sampai je dekat Hotel, tak cerita banyak terus layan dangdut. Oh ya kami duduk di Hotel Courtyard bertaraf 3 bintang sahaja. Yelah mana lah mampu nak berempat berlima bintang bagai. I tak kaya macam youuuuu. Sedar diri kan? Petang tu keluar pergi One Borneo Mall yang betul-betul sebelah hotel kitorang, memang bagus betul senang hidup aku dan seperti biasa lah. Dah lepas tu balik hotel ler apa lagi. membuta dengan jayanya sebab esok nak pergi island hoping! Yeay. Tamat untuk hari kedua. Hahahah. nampak sangat pemalas aku nak update entry kan? Untuk hari yang ketiga aku akan update kemudian dan lumpsumpkan sekali dengan hari ke 4. Kalian tunggu yaaa! her her.


Terima kasih kerana membaca! Jumpa di entri seterusnya dalam masa 2 bulan lagi!! Hahahahaha.




-NURUL

No comments:

Post a Comment