Wednesday, 8 February 2017

Sabah Day 3 & 4: Kota Kinabalu

Assalamualaikum. 


DAY 3: ISLAND HOPING


Berapa purnama sudah pun berlalu baru sekarang nampaknya mampu jari ini menari kembali. Fuh bermain kata pula dia. Baiklah untuk entry kali ini saya ingin guna Bahasa Malaysia sepenuhnya memandangkan saya rasa diri saya sedikit poyo bila berbicara menggunakan Bahasa Inggeris yang tatabahasanya tunggang langgang. Baiklah lupakan tentang poyo kerana sekarang pun sudah poyo hahaha.

Jadiiiiiii, untuk hari ketiga ini kami bertiga di bawa ke 2 pulau terkenal di Kota Kinabalu ini iaitu Pulau Sapi dan Pulau Manukan. Pagi tu macam biasa lah sarapan harus kena sarapan. Nurul Syazwani bab makan tak boleh ditangguh boleh menyebabkan gegaran satu bangunan hanya kerana tidak mendapat sarapan. Hehe. Ya tipu tu.

Entri kali ini akan dibanjiri dengan muka-muka ku yang tak berapa laku di pasaran Malaysia kerana sehingga kini masih sendiri. Ceh padahal memilih. Pui. Hahaha. So, selepas sarapan, Mr Chiwon yang baik hati mengambil kami semua di lobi jam 8 pagi. Awal gitu. Pergi pasar dulu. Gaya Street namanya. Memborong lah kawan-kawan aku. Aku tak borong. Aku jenis jimat jadi bakal suami saya, awak selamat bersama saya. Hahahaha.





Sarapan gaya orang Amareka



Menuju ke hatimu. Cia hahaha


Safa Nurezzati




















Pulau Manukan












Macam biasa jalan sendiri fefeelings hahaha










Gaya mutu keunggulan. Hahaha










Semuanya bergelimpangan. I jaga kulit *flip shawl* hahaha




Menyempat selfie sementara tunggu kakak-kakak dugung berenang hehe




Pulau Sapi




Pulau Sapi




Beautiful island

Dalam pukul 4 petang macam tu island hoping kami tamat. So balik hotel untuk activity free & easy. Balik hotel nampak katil apa lagi pose lah dekat segenap dimensi katil berkenaan serta berkuak lentang sebelum salin baju untuk keluar merayap. Ya salin baju sahaja. Hahaha. SO aktiviti diteruskan dengan cari kedai kak Jamilah kita yang terkenal dengan mutiara dia dan harga yang murah. Murah ke? Aku rasa mahal je. Kalau murah kena bawah RM10. Lololol kalau ada 10 customer otak macam aku lingkup kak Jamilah hahaha. Punya lah susah nak cari kedai kak Jamilah dekat One Borneo tu terpusing pusing macam orang gila dan akhirnya jumpa rupanya terselit dekat belakang. Kecil je kedainya. Pencarian kedai mutiara Kak Jamilah sukarnya seperti mencari di mana jodoh tersembunyi. Kahkahkah


Special made for our bff Puan Fazlin



Sabah adalah tempat pertama aku jumpa benda alah ni.
Lepas penat jalan-jalan di shopping mall. Kami nak pergi Pasar Filipina pulak. Tunggu lah bas selama sejam lebih. Huda dah hilang sabar dah hahaha. Dan makan malam kami hanya kepak ayam madu yang berlambak sambil menonton hindustan. Syahdu sangat rasa. Teringat asam pedas mak time ni. Sobs.


DAY 4: LAST DAY IN KOTA KINABALU, SABAH.

Maka hari terakhir telah pun tiba, Berat hati nak tinggalkan bumi aman ini. Tapi malangnya saya dah rindu asam pedas sangat. Jadi Mr Chiwon pun tunggu kami di lobi untuk di hantar ke lapangan terbang. Terima Kasih Mr Chiwon, Sementara menunggu waktu untuk boarding. Adalah satu hal ni di mana kawan aku hilang okay dia hilang masa nak masuk boarding gate. Ya Allah masa tu tinggal lagi berapa minit aja kapak nak berlepas. Punya lah aku gelabah time tu tak kan nak tinggal kan? Dah memasing tinggalkan hp dan wallet mereka pada aku. Ya Allah Tuhan saja tahu perasaan aku time tu. Hahaha. Dan akhirnya mereka muncul di saat akhir. NASIB BAIK TAK TERLEPAS FLIGHT! Alasan mereka sebab tak dengar announcement. Rasa nak gigit-gigit je diorang waktu tu. Hahaha. Tapi tak apalah sebab ini first time bagi diorang so lessons learned ye kawan-kawanku. Hahaha. Akhirnya tamat entry untuk perjalanan ke Sabah. Ambik masa setahun juga aku nak update untuk 4 hari punya entry ni hahaha. 




3 Serangkai


Good bye KK


Selamat tinggal Kota Kinabalu, terima kasih kerana menenangkan jiwa saya yang bercelaru. Kahkahkah. So drama. Jumpa lagi di next entry.

- NSA

No comments:

Post a Comment