Wednesday, 26 April 2017

CNY 2017 - VILLA DANIALLA BEACH RESORT, TOK BALI, KELANTAN

Assalamualaikum semua.

April dah rupanya tetapi Si Nurul ini baru nak post entry ketika Tahun Baru Cina awal tahun haritu. Kahkahkah. Jadi mukadimahnya pada hari ini adalah..... Apa khabar semua? Sihat ye semua ye? Ada yang baru putus cinta dan update status di FB ke tu? Tiada? Bagus. Hehehe. Okay masa Raya Cina kelmarin, Nurul telah bercuti selama 5 hari untuk pulang ke kampung halaman bapa Nurul. Wah sopannya rasa entry Nurul kali ini. Haha.


So, Raya Cina kali ni satu family belah abah decided untuk balik Kelantan itu pun sebab ada perkara yang perlu diselesaikan. Dah alang-alang tu kita pergi bercuti lah sekali ye tak? Hahaha. So kami memulakan perjalanan kami pada malam hari. Ada satu cerita ni, pelik dan cuba memusykilkan akal sihat aku. Itu nanti kita cerita kemudian Jeng jeng. So untuk percutian kali ini, wah begitu, kami sekeluarga tinggal di Tok Bali satu malam dan Di Kota Bahru satu malam. So untuk hari pertama ni kami semua menginap di Villa Danialla Beach Resort, Tok Bali. So far bagi aku tempat dia okay, cantik dan vintage gittew. Bak ayat cliche kita kata so far so good. Hahaha.



Our room, Villa Ombak. 



Road to happiness? Hahaha


Rasanya kebanyakkan orang tahu yang Villa Danialla ni pernah viral kerana tempatnya yang dikatakan ala-ala Maldives gittew. For me... tak macam Maldives pun tapi tempat yang best untuk korang sekeluarga or kawan-kawan berehat daripada kesibukkan kota lah. Memang tenang. and the view from pool tu yang mahal. Cantik kot. (Mata aku)



Melayan dua budak ini berendam



Cantik kan? 





Gigih tahan napas noks!




The view is so pretty!!




Not sure ni Villa apa tapi very the classic chuollsss....




Cahaya kebahagiaan???





Bathroom!




Our room.




Cat House




Rumah kucing pun cantik okay mak jemah sekalian





Villa ni cantik tapi sedikit menyeramkan harhar



Way to infinity pool



Our room hallway chuolls. 


Kami sekeluarga duduk satu malam sahaja dekat resort ni memandangkan mula-mula datang sini niatnya cuma 3 hari sahaja tapi tiba-tiba bertambah hari pula. So far Villa Danialla ni okay lah. Cuma untuk rate 3 stars tu rasa kena fikir lagi kot. Hahaha. So the next day before check out kita pi sarapan tepi laut sambil tengok sunrise dan jalan-jalan kawasan resort tu sebelum balik. Sayangnya laut sini macam tak dijaga, tak berapa bersih and not so please for my eyes. Ceh bajet gila hahaha. I hope pihak resort boleh upgrade lagi lah diorang punya resort dari segi facilities, and so on. Makan pun, perlu major upgrade. Gituh CEO berbicara hahahaha.





Tak mandi dah makan



Isn't beautiful? Tu kepala alien ke apa tu?






Kitchen


Dining Room




Reception depan kitchen. 






Lovely family. Miss another two heroes.



My everything...

So after check out, kita balik kampung sekejap before teruskan perjalanan ke Kota Bharu. Dulu, aku memang tak boleh makan makanan dekat Kelantan ni and now aku datang balik and makan, aku macam wei makcik, apesal sedap sangat makcik masak ni! On the spot karakter bertukar jadi mek kelate make tok leh tak jupo budu wei......meriah aku makan menjilat jari. So, now I admit, makanan kelantan such as Nasi putih makan dengan daging salai n budu pergh pergi beb. Pergi ke bulan rasa dia hehehehe. After this tak tahu lah akan ke sana lagi ke tak memandangkan semua family dah menetap dekat JB. Hohoho. 

Oh Ya, cerita pasal kejadian masa kami sekeluarga dalam perjalanan pulang ke kelantan tu, jeng jeng, tahu tak kitorang sesat dekat area jabor tak jumpa jalan keluar. Dengan line hp no services, radio macam radio rosak dah. Lebih sejam jalan-jalan pusing tempat sama. Tapi alhamdulillah, masa nak dekat subuh dengar radio macam baca ayat2 quran (kitorang dengar IKIM), baru lah jumpa jalan keluar and time tu lah dengar azan berkumandang. Time tu tak rasa apa lah sebab memang ingat bebetul sesat, tapis ampai je kampung cakap kitorang sesat dekat area jabor, terus kena marah sbb diorang kata sana kawasan keras. Gulp. Terkedu aku dengan parents aku hahaha. Tapi alhamdulillah semua selamat. Syukur.

Actually panjang lagi entry untuk cuti CNY 2017, inshaAllah ada masa kelapangan serta kerajinan, syazwani update ye kehkehkeh. thank you for reading! 


xoxo,
NEE



No comments:

Post a Comment