Friday, 25 August 2017

Bercuti ke Bali - Day 2 (Summer Splash ke?)

Assalamualaikum.



Selamat sejahtera. Hihihi. Berjumpa lagi kita di episod kedua Bali. Eksaited tak semua! Eksaited tak? Cepat eksaited cepat! Hahaha. Aku ada benda yang tak gembira sikit ni. Ada lah aku dengar seseorang ni kata "Baik pergi Lombok daripada Bali, Bali bukannya best" tapi masalahnya dia tak pernah pergi Bali mahupun Lombok and dah judge? Lepastu kata "Kita tak minat sangat pantai-pantai ni" Dah tu nak kata tempat tu tak best hanya sebab kau tak minat? Eeeee geram kita rasa. Hahaha. Lain orang lain pandangan tapi jangan lah mengutuk kan. Sis sebagai pencinta alam terguris hati ciked tau. Hahaha. Okay lupakan pasal tu sebab setiap orang kan lain-lain pandangannya. Kita terima pandangan dia. Tapi kalau pandangan aku Bali memang antara tempat yang best bagi aku, dah sebab aku suka nature kan. So best lah and sebenarnya, aktiviti atau tempat yang kita pergi pun mainkan peranan dalam keseronokkan kalau melancong. Bali frankly speaking, memang tempat yang best untuk dieksplore. Dan kalau banyak duit lagi best lah korang rasa. So tu pandangan peribadi ye kawan-kawan sekalian.


Jadi, untuk hari kedua. Tema kitorang untuk hari kedua adalah Summer Splash. Ha summer splash di sini membawa maksud merentungkan kulit yang dah sedia rentung hahahaha. Tema hari ni kita pergi segala pantai yang sempat kita pergi. Bagi aku, hari kedua ni hari paling best lah bagi aku memang healing habis lah tempat-tempat dia. Memang lupa masalah 100%. Bersyukur rasa dapat lihat keindahan alam ciptaan Allah. So untuk first trip pagi lagi 8.00 pagi, MasNur dah tunggu untuk bawak pergi tengok Barong Dance. Actually aku tak paham pun kisah Barong Dance ni. Banyak juga lah aku baca review yang kata Barong Dance ni membosankan, aku rasa 60% persembahan dia membosankan lah hehehe. Tapi ada part yang best and lawak. So kira okay lah. Kalau orang tanya aku patut ke tak pergi tengok, memang aku jawab patut. Sebab bila lagi kau nak tengokkan? Dan sempat pulak tu pekerja dia yang lemah gemalai tu cakap kitorang macam Japanese. Kau hado? Hahahaha.









Part ni lah yang lawak. Bersungguh aku ketawa sebab kelakar. Tapi 18sx chuols! hahaha




Barong


Bagi aku cerita yang nak disampaikan menarik, kalau tak faham tu engkorang tanya ajelah dekat supir korang nanti. Mesti diorang akan ceritakan balik. Tapi kalau nak suruh aku ceritakan balik sekarang ni memang mahap lah dik non. Hakak tak ingat hahaha. So lepas daripada tengok Barong Dance ni. Kitorang terus gerak ke Nusa Dua. MashaAllah chuols tempt dia punya lawa. Lawa nak mampus okay! Nasib baik aku belum kahwin kalau aku berlaki mahu aku da buat drama romatik bersiri dekat situ hahahaha. Cuma nak berjalan kaki masuk tu jauh sikit lah. Dalam ni pun banyak resort-resort high class yang cantiknya memang uwoww! Gituh overnya hahaha. So dekat sini lah waterbom yang cantik tu. Susah nak gambarkan kecantikkan dia kalau dalam gambar cantik kan tapi depan mata lagi SubhanAllah cantiknyaaaa... so boleh paham eh cantiknya macam mana eh? Hahahaha. So ni tempat wajib pergi okay! Masuk dalam list engkorang.



Pantai dekat Nusa Dua. Banyak dugung wei. Ade aum ada hauk. Astaghfirullah Syazwani. Hehehe

Shooting music video. Tajuk lagu jahanem jahanem. Hahahaha



Ku berjalan, di bawah pohon asmara yeahhh



Opah muda. Orang kampung. Cik kampung datang Bali. Hawyeah!




Tolong lah Masnur tu dah kenapa depan tu? Jemur ketiak ke apa? Hahahaha



Waterblow main entrance




Nusa Dua but we Tiga haha


Belakang aku tu lah waterblow nya. Kalau ombak kuat air naik tinggi and view dia memang superb gila lah wei. Cuma cuaca panas berdenting lah.



Kena paksa posing dengan supir aku. Kita layan jelah..... fans nak amik gambar kita wakakakakaka


Bergetar tak tulang rusuk abang-abang? Hehe


Lepas je puas menjemur kulit dekat Nusa dua ni kitorang terus gerak ke Tanjong Benoa, dekat sini siapa yang nak buat aktiviti air macam Parasailing, ke Jalan dekat dasar laut. Pergi berkencan bersama penyu ya juga di sini lah terdapatnya semua aktivitas nya. Gituh hahahaha. Tapi kitorang tak main pun. Dah berbaju kurung ni nak main ape kebenda nya. Ada terbang kain batik aku lepas tu belanja nanti semua nak ikut balik macam mana pulak kan? Hahahahaha. So just lawat kawasan n skip untuk aktiviti basah-basahan. Lagi satu dekat sini macam terlalu ramai and bagi aku macam better lah kau cari tempat lain yang lagi private sikit and kurang orang tapi dekat mana aku tak tahu lah hahahaha. korang cari lah sendiri ek. Hahahaha.





So........... next destination kitorang adalah pantai! Weh pantai-pantai laut dia memang sumpah cantik nak mati berjuta ganda okay cantik dia dari Laut Stulang tu dan Pantai Lido kahkahkahkah. Jadah comparekan dengan Stulang n Lido. Tapi serius lah memang jaw dropped katakauuuu. Especially Pantai Pandawa. My favourite pantai. Memang cantik dia eh cantik sangat lah. Korang punya cantik pun kalah. Korang cantik ke masalahnya? Hahaha. k k gurau. Tips berguna time dekat Bali ni, kalau korang pandai cakap slang indon memang benefit yang baik. Boleh dapat tiket masuk harga local. FYI, harga tiket untuk lokal and foreigner harga memang jauh beza eh. So kalau dapat harga lokal tu memang boleh save sangat lah. Bole kumpul beli wong solo. Ya Auloh lezatnya hahahaha.



Pantai Pandawa

Majestic Pantai Pandawa


Majestic Pantai Pandawa and owner blog. Menyempat hengko hahahaha


Pantai Labuan Sait. Hengat Labuan ada dekat Mesia je ke noks?


Still in Pandawa

Pandawa is bae


Owner blog is bae-rak


Tak silap pantai ni kot nak turun ke pantai dia very the challenging okay. Tapi sangattt nice sampai lupa ambil gambar.

Geng forever young gittew

Ok ready


Jump baby Jump!



Cantik kan? Huwarghhhhh


Lepas dari berjalan sakan dekat Pantai Pandawa dan lain-lain aku tak ingat dah nama-nama pantainya banyak beno! So kita pergi lunch. Aku perasan dekat Bali ni sayur dia macam 1 macam n 1 masakkan je. Ape benda entah nama masakan dia tapi yang penting sayur kangkung. Kangkung all the time. Orang sini suka makan kangkung mungkin? Hahahaha. Tapi nasib baik lah si slim ni suka kangkung juga jadi tiada masalah ya. Hahahaha. Lunch time tu aku makan ape entah kedai dia. Pedas pedas gitu nama hahaha (tak membantu ek) masa ni makan Ayam ler. Hah Aku dah ingat! Warung Kampong Pedas. Makanan dia dekat sini dah lah semua adik beradik ayam penyet. Takde nye engkau nak jumpa ayam masak kicap ke ayam kari ke. Jangan harap hahahaha. Kalau ada pun tak tahu dekat mana.



Taraaaa inilah dia. Sambal dia so far tak pedas. Nak tahu tempat yang sambal dia pedas nak mati nanti eh nanti bukan hari ini hahahaha.

Apa yang aku nampak dekat Bali ni, banyak je restoran halal. Cuma kena cari betul-betul and adalah satu benefit kalau kau dapat supir kau tu orang muslim. Sebab orang Bali memang banyak sangat hindu. Tak boleh beza. Nak bezakan senang je. Pergi cari supir dekat Masjid herher. Supir aku ni bagus. Waktu solat kitorang memang dia jaga jadi tak perlu risau ye kawan-kawan ku. Nanti aku bagi sekali contact supir ni. Ceh nanti lagi eh hahahahaha. Btw, siapa yang nak itinerary pun boleh jelah email aku dekat nurulsyazwaniazeman@gmail.com nanti aku forward kan. Tapi kena tahu lah aku punya cuti memang tak budget eh. Bukan backpakers style. Jenis larung je hehehehehe.


Jadi lepas main pantai makan, solat, pukul 4 macam tu kitorang straight away pergi ke Uluwatu. Highlight of the day weh tempat ni. Sumpah aku nak datang sini lagi, Memang magneficent gila wei pemandangan dia. Cantik yang amat sangat! #sumpahcantik #kalautakcantikehmesticantiklah #viewpadu hahaha and dekat sini lah tempat Kecak Dance tu. memang the best lah. So far sepanjang aku ada dekat Bali, moment ni and tempat ni lah memang juara dekat hati aku. Aku sanggup datang lagi weh semata untuk tengok Kecak Dance ni and jalan-jalan dekat Uluwatu ni. Cantik sangat lah, I kenot lah :(




Muntah setiap mesti muka aku

Muntah lagi


dan lagi. Masa ni sebelah aku ada monyet. Dia usha je gua. eleh kau nyet nak no bagitahu jela. Tengok je dapat ape. Hahahahaha

Acah pose film Ada Apa Dengan Cinta (versi Bali) hahaha


Panaih lit lit tunggu podium penuh orang seksa wei depan matahari. Masa ni hmm, macam udang kena bakar dah lah cerita dia. Tapi, masih maintain. Wani is cool esfak. Astaghfirullah hehehehe



Matahari dah tenggelam. Masa ni maybe around 6 something? Tak ingat.

Hanoman in action bebeh



Pergh power beb Hanoman ni. Tapi aku confirm tu ketiak dia dah jadi tasik ekekekeke



SubhanAllah cantik sangat-sangat kan view belakang tu. (Nangis) Hahaha. And dia ni sumpah lawak nak mati! Lawak teroks!!






Ewah ewah




Full house




Sunset




Lepas je layan view, sunset and dance dekat Uluwatu ni. Kita pergi dinner! Wuhuuuuuu and best dinner evah weh kenapa semua best ni! Siapa kata Bali tak best hah!!! Marah marah hahahahha. Dinner dekat Jimbaran. Ramai review kata mahal, tak sedap. Tapi yang aku pergi ni. Sedap! Affordable! (Nangis lagi) Ya tuhannnnnnnn. Sedap sangat tolong lah saya nak datang sini lagi. Dah lah romatik, Makan depan laut, lepas tu ada orang nyanyikan. Bahagia sangat-sangat wei. Lagi bahagia daripada jatuh cinta tau tak. Hahahahaha. So korang kalau mana yang makan dekat Jimbaran tu boleh datang dekat Cafe Caviar nama dia. Sumpah sedap! Sedap dan affordable. Aku makan total semua 460ribu. Eh mahal ek 460ribu hehehehe. Tapi bahagi tiga so sorang dalam RM50.00. Eh tetiba rasa mahal pulak ek hahahah tapi okay lah weh. Sebab sedap so tak mahal sangat lah hahaha. Makanan halal dekat Bali ni mahal gila. Duit banyak habis dekat makan je sebenarnya. Kena pulak minah bertiga ni melantak kuat haa memang lah mendapat habis duitnya. Siap swap card memasing, Kau ghase? Hahahahaha

Hmm rindu

Benyai dah muka memasing


nampak macam sikit tapi udang dia gabak, ikan gabak. ish lapar lah. Lepas tu sedap! Weh laparr!


Lepas je habis dinner yang romatik walaupun tanpa awak, eh sempat hahaha. Terus balik hotel and tidur sebab esoknya pukul 3.00 pagi nak gerak mak oih! Haruslah tidur dalam kereta and aku mabuk teruk hahahaha. Tu cerita hari ketiga okay! Hari kedua ni je dah kemain engko panjang. Penuh muka aku saje hehehehe. Bia lah belog kita. Awak apesal? And sesiapa yang ada mindset cakap Bali ni untuk honeymoon ke apa ke buang lah mindset tu. Pergi dengan kawan pun syok weh. Syok giler! Hahahaha. So tamat lah entry untuk hari kedua. Hari ketiga akan disambung di kemudian hari dan bulan dan Tahun ye hahahahahaha. See ya! 



Love,
Nee

3 comments:

  1. ASSALLAMU ALLAIKUM ……… WR WB ………….
    MINTA IZIN NAK IKUT PROMOTE KAT BLOG TUAN / PUAN
    JOM KE INDONESIA
    HORAS … !!! WELCOME TO INDONESIA

     JOM KE MEDAN … !!! JOM KE DANAU TOBA … !!!
     JOM JAKARTA , JOMBANDUNG, JOM YOKYAKARTA
     JOM BALI , JOM LOMBOK, JOM MAKASAR
     JOM SULAWESI /CILEBES

    KAMI DARI SYARIKAT PELANCONGAN TIARA TOURS INDONESIA, SYARIKAT PELANCONGAN BERLECENSED & PROFESIONAL. PAKEJ TEMPAHAN KE MEDAN, LAKE TOBA, BERASTAGI , HIKING & TRACKING , PADANG, BUKIT TINGGI, BANDA ACEH, PULAU SABANG, JAKARTA, BANDUNG, YOGYAKARTA, BALI ISLAND, LOMBOK, MAKASAR, BUNAKEN, MANADO, TORAJA DAN PULAU NIAS, SEMUA KAMI DESIGN DENGAN HARGA MERANARIK DAN SANGAT MURAH DAN MAKAN HALAL 100 %

    HARGA PROMO SEWA KERETA : PASSWORD “ RAJA OMBAK “
    AVANZA , XENIA, ERTIGA (ALL 05 SEAT ) KAMI BAGI HARGA PROMO MYR 580 UNTUK 04 HARI ( MEDAN DAN LAKE TOBA TOUR ) DAN MYR 450 UNTUK 03 HARI (MEDAN AND LAKE TOBA TOUR ) HARGA TERMASUK PATROL DAN DRIVER PROFESIONAL. SEMUA SEWA KERETA ALL IN INCLUDED INSURANCE RISK

    SILA CONTACT ( 24 HOURS ON LINE )
    TIARA TOURS INDONESIA & CAR RENTAL SERVICE
    AREA : MEDAN DAN DANAU TOBA
    BANDAR : MEDAN
    ADDRESS : JLN. PANGLIMA DENAI NO. 76 MEDAN, 20227
    PROVICE : NORTH SUMATERA , INDONESIA
    LICENSED : 503/508.SK/IUP/BPW/MM/2011
    TAX NO : 36 555 970 7 122 000
    TEL/FAX : +6261 - 733 59 765
    EMAIL : tiaratoursindonesia@gmail.com
    CELL / WA +6281383535091
    CELL / WA +6285358982828
    CELL / WA +6285762820068

    Blog Spot : http://traveltiara.blogspot.com
    Facebook : TIARA RAJA OMBAK
    Facebook : TIARATOURSINDOMESIA

    ReplyDelete