Wednesday, 29 November 2017

Bercuti ke Bali: Day 3

Assalamualaikum.


Hai semua. Sekarang ni baru lah berkesempatan untuk update entry Bali Trip untuk hari ke 3 selepas berperang dengan kesibukkan hidup yang tak pernah habis serta kemalas dan kekangan idea yang begitu dahsyat akhirnya post ini berjaya di siapkan. Ceh hahahahaha. Macam susah bebenor. So, untuk hari ke tiga ni, pepagi buta lagi kitorang dah bangun sebab nak pergi tengok dolphin and yang peliknya, masa ni ada cerita seram sikit. Hidup Wani haruslah berdrama sikit hahahahaha. Ceritanya begini. Masa kami semua tengah bersiap dalam pukul 3.00 pagi macam tu, tiba-tiba room service datang ketuk pintu bilik bawa makanan. Dia kata dia dapat pesanan daripada kitorang untuk deliver breakfast pukul 3 pagi. Aku dengan tercengang-cengang lah cakap mana ada. Sebab semua memang tak ada buat request pun. Beriya orang tu kata kitorang make a call apa semua. Aiyokkkkkkkkk..... siapa yang call tu...... hahahaha. So dalam pukul 3.30 am semua turun dekat lobi tunggu MasNur yang sememang nya tengah tunggu kitorang. Rupa-rupanya si MasNur yang requested untuk hantar sarapan dekat bilik kitorang. Cis, buat seram gua je. Hahahaha.

Perjalanan ke Pantai Lovina ambil masa lebih kurang 3 jam. Masa dalam perjalanan ke Pantai Lovina ni, masa ni lah aku mabuk teruk. Jalan dia punya lah macam haram bengkang bengkok. Semerbak bau minyak angin dalam kereta sebab aku mabuk hahahaha. Sampai je dekat area Lovina, ada pakcik standby dah dengan bot dia. Aku rasa kenalan-kenalan MasNur juga tu. Naik bot untuk tengok dolphin ni boleh tahan mahal lah tapi view dia memang berbaloi gila. Sunrise tu MashaAllah cantik sangat!

Sunrise


Sunrise 2.0


Cantik kan?


Hello Dolphin


Dolphin yang pemalu dan cute haha


Masa dekat Pantai Lovina ni antara favourite place aku lah. Rasa tenang sangat-sangat. Rindu pulak rasa nak pergi lagi hahahaha. Destinasi seterusnya pulak, Gili Waterfall. Ikutkan masuk sini kena bayar tapi sebab aku datang tak silap dalam pukul 8.30 ke sebelum 9pagi so kaunter tiket tak bukak lagi jadi masuk free. Hawyeah! Sini kalau siapa yang rasa nak mandi tu boleh lah datang sini. Tempat di seronok juga. Apa je tak seronok kan aku ni. Dia punya air terjun tu memang syok. Dah lah sejuk. Nyaman je rasa.





Pakai kasut sebab takut selipar basah.


Tempias air dia jauh dah boleh rasa. Yang penting memang tenang habis!



Perjalanan yang seronok ini diteruskan pergi ke Twin Lake. Tapi tula semua gambar muka aku ada. Hahahaha. Twin lake ni tak ingat lah kena bayar ke tak tapi rasa macam tak. Bagi aku biasa-biasa jela cantik memang cantik. Maybe masa ni tengah mamai. Mamai-mamai pun supir suruh pose bersungguh aku pose. Ekekekeke. Lepas tu situ ada satu tempat macam sampan yang dibuat daripada buluh ha masuk situ kena bayar.Right after pergi Twin Lake ni kitorg terus pergi makan and gerak ke Pura Ulun Danu Bratan.




Lake 1 bersama ratu leakage

Love dalam hati saya lagi besar dari love belakang tu ye.


Sampan diperbuat daripada buluh. Macam tak selamat je aku rasa 


Lake 2 bersama dayang-dayang 


Kena paksa ambik gambar dekat pokok ni. Motip sangat tau supir aku ni hahaha.


Pura Ulun Danu Bratan

Masa sampai sini cuaca dia ya ampun panas banget dong hahaha mana tak nya waktu ni memang tengahari buta dalam 2.30pm - 3.00pm macam tu. Tapi ada satu kawasan taman tu redup. So takde lah macam kena panggang rasa. Nasib baik tak rentung. Dekat sini ramai sangat orang. Kira bertuah sangat lah aku ambil gambar ni takde orang selit hahahaha. Kita kena bijak. Bijak cari tempat-tempat yang tidak terfikir dek orang serta photographer yang bijak ambil angle-angle elak manusia sejagat yang ramai gila. 




Main star okay aunt sebelah


Di hadapan ada berjuta peminat. Ya semua sabar nanti saya turun bagi sign hahaha


Ni lah taman yang redup tu. Nak bergolek atas rumput tu pun takpe. Silakan. Tapi bergolek yang dekat tempat redup tu lah ye


Bff Lang langkawi ke ni?

Habis je round dekat sini. Tak lama pun duduk sini sebab masa ni tengah panas hati dengan sim card kitorang. Kata 5gb tapi pakai 2 hari dah bengong. Sabar jela dengan simpati ni. Masa ni tengah sakit kepala la jugak fikir macam mana nak contact family hahahaha. After this kitorang terus ke destinasi yang last untuk hari ni. Tanah Lot! Dalam banyak2 sini entrace paling mahal sekali tapi kitorang dapat murahhhhhh gila hahahaha. Berkat nonton sinetron ya. Haha. Suka gila aku dekat sini. Best sangat. Panas sangat tapi best sangat hahahaha. Sini banyak tempat shopping. SO rasa shopping kat sini best sikit compare to tempat lain and ada kedai boleh bargain, bargain la sampai dapat. Skill kena ada ok itu yang penting. Masa aku pergi ni diorang tengah sembayang so dapat lah tengok upacara diorang. Tak silap masa kitorang pergi ni masa perayaan diorang so dapat lah tengok adat budaya and kehidupan diorang semua lebih sikit. Tapi macam pelik sikit sebab muka indon betul tapi agama Hindu. Dah biasa dalam otak kita kan macam indon lelebih kurang kita je. Hahaha ke aku sorang je? Ok bye.

Pintu masuk Tanah Lot



Dekat sini pun tak lama sebab panas and nak balik sebab kepenatan. Mana tak nya lah pepagi buta dah keluar. Sementara tu singgah wong solo sekejap tapau makanan lepas tu rehat and malam round area bandar kuta je. Jalan kaki 5 min je chuolls daripada hotel kitorang. Dekat sangat. Yang bengapnya ada ke aku keluar pergi pakai sweat shirt? Ha memang ber sweat lah cerita dia hahahaha. 








Maka dengan ini tamatlah kisha untuk hari ketiga. Cerita tak banyak, gambar yang banyak kira halal la tu. Nampak noh ler tu malas nye nak type hahahahaha. Tapi serius semua tempat memang best. Next entry rasa memang best. Dapat makan sedap! Memang hari untuk menghabiskan duit lah untuk entry hari ke 4 nanti. So next entry tu aku akan lump sum lah untuk sampai hari akhir. Luckily pergi Bali awal tahun ni. Sekarang gunung berapi tengah meletus. Tapi risau pulak untuk next vacation tahun depan hohoho. Happy holidays semua yang nak pergi holiday tu! See u in next entry. xoxo


Nee

No comments:

Post a Comment