Dengarlah aku...
Suara hati ini memanggil namamu...
Karna Separuh Aku...
Dirimu...
Begitu backgorund music sister ketika menulis entry ini kahkahkah. Wah kali ini terlebih rajin pulak dalam masa berapa hari je dah update entry untuk hari ke empat dan terakhir ketika di Bali. Hmmm pergi Bali just 5 hari tapi rasanya pergi macam setahun. Kahkahkah. Jadi, daripada entri lepas, aku ada bagitahu bahawa hari ini adalah hari yang bahagia di mana kami bertiga habiskan duit kami kan kan kan? Dan makan sedap kan kan kan? Ya bener sekali itu hehehehe.
Untuk hari terakhir di Bali, kami semua mulakan perjalanan kitorang dengan Bismillah semestinya. Tempat pertama yang kitorang pergi is tengok painting, cara orang buat silver. Yang best masa pergi tengok painting. Aku ni tak adalah berseni tapi painting diorang sumpah cantik nak mati, nasib ajelah fikir banyak kali nak gantung kat mana dekat rumah tu plus macam mana nak angkut balik Malaysia kahkahkah. Harga dia boleh tahan tapi rasanya boleh je mintak murah sikit. Cantik serius cantik. Tapi sini banyak sangat tempat nya so bergantung pada supir engkorang lah dia bawa ke kenalan dia yang mana satu. yang pastinya mas artist nya ganteng dong hahahahaha.
Tempat buat silver dan emas
Bali Painting cantik ya ampun
(cr google)
I tak dan nak ambil gambar sebab mesmerized dengan kecantikkan lukisan diorang kehkeh
So lepas spend time lama dekat sini, memang lama oi. Kitorang semua pergi ke next destination iaitu, coffee plantation! Yahuuuu seronok betul. Time dekat sini macam-macam jenis kopi dan teh kita boleh rasa. Aku frankly speaking bukan peminat kopi dan teh dan ada beberapa jelah yang aku boleh telan. So siapa yang bukan penggemar kopi, sila ikut saranan aku kalau nak beli kopi diorang. Mana yang aku rasa ni kompom 100% sedap dia pergi jauh hahahahaha.
Pak oo Pak, apa yang kau lakukan sama kopi tahi itu pak hahahaha. Ini nama dia kopi luwak. Mahal kopi ni. Harga kopi Starbucks satu cawan dia.
Safa bersama mak mertua. Hantu kopi minah ni.
Eh?
Okay kopi belakang sekali bersusu tu, ada satu tak sedap iaitu kopi coconut. Yang lain semua sedap.
Row kedua, kopi kanan sekali paling tak sedap tu pekat dia mmg kaw liao punya hahah
front row, yang tetengah dua tu teh beras and ginger tak silap, tu tak sedap!!! hahahaha
Mana yang habis licin tu mmg sedap lah and aku tukang habiskan. Mana tak habis tu... hmm so so so so so n tak sedap hehehe
Lepas dapat minum free, time untuk shopping kopi. Kopi dia mahal2 semua tapi okay lah sedap boleh lah beli untuk parents pakcik2, suami, bf tak payah membazir.
Ada jual spice juga
Aku suka suasana dekat coffee plantation ni. Tenang je. Walaupun lokasi dia macam dalam hutan ke apa ke tak tahu lah tapi tenang je sambil minum kopi tengok keindahan alam. Benda tu yang mahal. Dah lah kopi free. Eeh nikmat mana lagi yang kamu dustakan wahai manusia? Heheheh. Btw, dekat sini boleh shopping guna RM, Card debit/credit and Rupiah lah semestinya. Mana yang tak cukup duit tu, tidak perlu khawatir ya.. Hehehehe.
So next destination kita pergi is, gunung kintamani. Kalau dulu pergi gunung kinabalu, sekarang kintamani. Hehehehe. Tapi kitorang tak naik atas pun sebab tak nak lunch akibat masih kekenyangan makan breakfast. Kalau naik atas akan ada satu restoran so korang boleh lunch berlatar belakangkan gunung kintamani yang sangat cantik. Aku just turun dekat satu port je tapi pun dah cukup cantik sangat. Alam semulajadi memang cantik kan? Nasib ler kita duduk pemandangan bangunan saje sobs hahaha.
Superb kan view dia? Fulamak aih rindunya nak pergi sana lagi. Kalau lah diri ini kaya raya sudah pastinya Bali ini aku ulang alikkan aje hahaha. K K tipu. So lepas je pergi Kintamani ni, we olls proceed perjalan ke Tegalalang. Sawah padi ye. Kat sini kemain macetnya Ya Tuhan nasib baik bukan saya drive hahaha. Rupanya time ni ada perarakan untuk agama diorang. Upacara amende aku tak tahu lah dengan barong. Nice juga kau hengat senang nak dapat tengok budaya tempat lain? So kitorang memang lucky gila lah pergi time waktu perayaan diorang ni.
Rice Field.
Ni lah perarakan diorang. Katanya untuk macam beri blessing or halau benda jahat? Entah lah guwenya keterlupaan sih hahahaha.
Makanya tamat lah sudah aktiviti melawat tempat-tempat di Bali. Sekarang adalah waktu untuk makan hohoho. Pukul 4 lebih baru rasa kebuluran. So, kitorang bertiga decided untuk pergi makan dekat Bale Udang Mang Eking. Restoran dia sumpah cantik! Cantik nak mampos! Tak rugi datang sini. Sambil makan boleh layan sunset, bagi yang datang waktu petang lah. Sunset dekat Bali ni awal. Dalam 6.30 mcm tu. Makanan dekat sini bagi aku okay lah harga dia kena lah dengan keadaan restoran dia yang superb cantik tu. Rindunya. And dekat sini dia punya sambal pedas dia pedas nak mampos. Secolet je aku makan lepastu tak sentuh dah. Risau terberi-beri je hahahaha.
Itik pulang petang. Sunset dengan view sawah.
My dua ketul yang disayangi hehehe
Tu tu sambal tu pedas dia mashaAllah pening kepala!
Cantikkan?
Laluan masuk
Gazebo yang kitorang duduk.
Masa dekat Bale Udang ni, memang kitorang manfaat kan betul mata dan tekak kitorang untuk menjamu benda yang cantik dan juga makanan yang sedap. Walaupun makanannya tak seberapa banyaknya tapi portion dia besar. Bagi aku quite mahal juga lah tapi ok jelah hahahaha mampu sangat je. Satu perkara pasal Bali ni, makanan halal memang takde yang murah. Eh ada ada, wong solo. Ha makan lah engkorang wong solo tu sampai muntah hahaha dan supir aku cakap fast food dekat Bali ni boleh makan macam mcdonald, kfc, burger king. Begitu.
Lepas je habis makan dan hari pun dah gelap kitorang teruskan lah perjalanan ke Kuta. jauh juga lah dengan macetnya lagu waduh pak hahahaha. Ni aku nak cerita pasal supir aku ni. Dia ni sumpah lawak gila orangnya. Kisah cinta dia, kisah anak-anak dia semua dia cerita kahkahkah. Syok berbual dengan dia memang tak akan pernah bosan lah. Dengan dia karoke lagu Salem lagi jangan tanya lah cemana pergi konfiden dia kahkahkah. Yang kesiannya, bila je dia start cerita pasal kisah cinta dia la, awek yang suka dia lah, mesti aku membuta hahaha sorry Mas. Cerita Mas bst sangat sampai saya tidur je sepanjang masa. Btw, supir aku memang awesome giler! Best. berjiwa muda tak seperti umurnya wah begitu hahahaha. Semoga ketemu lagi ya MasNur. :)
Malam tu kitorang habiskan trip dengan pergi shopping. Habiskan semua saki baki duit dekat Agong Bali dengan mana tah lagi satu sis keterlupaan pula and check in dekat hotel baru. Ramada Sunset Road. Cantik sangat hotel dia. Kitorang dapat Junior Suite padahal nak tidur semalaman je pun kahkahkah membazir betul. So siapa yang nak honeymoon ke apa, boleh lah cuba rate satu malam tak sure eh tapi Junior Suite aku RM300+ satu malam. Ada 2 bilik.
My room
Lobby.
Dan sampai lah tiba untuk pulang ke Malaysia yang tercinta sob sob. Masa ni flight delayed and terpaksa lah bertapa dekat situ. Dengan berbaki duit yang tinggal sempat ler aku shopping perfume dengan melantak eskrim kahkahkah.
Ngurah Rai Airport.
Last picture with MasNur. Thank you MasNur semoga murah rezeki. :)
Duit tu kerja kawan aku la. Takabur ya hahahahaha padahal berapa sen je tu tinggal
Before check in
Flight delayed.
Thank u Malaysia Airlines. Asam pedas sedap!!!!
So, tamatlah entry untuk hari ke empat dan terakhir. Bawah ni aku letak sekali total perbelanjaan yang aku dah habiskan sepanjang berada dekat Bali. Semua perbelanjaan boleh di kurang kan ikut nafsu masing-masing. Terima kasih keranan membaca. Jadi untuk tahun depan, kemanakah kita? Kahkahkah. See you. Thanks for reading! xx
TOTAL HANGUS PER PAX in
RM:-
DAY 1 – RM970.00
FLIGHT
RETURN JB-KL-DPS – RM 733.00
HOTEL
FLORA KUTA – RM202.00 3 NIGHTS
DINNER
AYAM LUNAK MALIOBORO – RM35.00
DAY 2 – RM 164.00
BARONG
DANCE –RM 35.00
PANDAWA
BEACH RM5.00
PADANG-PADANG
BEACH – RM2.00
LUNCH
@ KAMPONG PEDAS – RM26.00
ULUWATU
AND KECAK DANCE – RM42.00
DINNER
@ CAFÉ CAVIAR RM54.00 – SEAFOOD.
DAY 3 – RM 189.50
PANTAI
LOVINA DOLPHINE WITH SUNRISE NAIK BOT - RM93.00
WANAGIRI
HIDDEN HILL – RM 3.50
LUNCH
AYAM BAKAR TALIWANGAN – RM 26.00
ULUN
DANU BERATAN TEMPLE – RM 18.00
TANAH
LOT – RM8.00
AYAM
BAKAR WONG SOLO – RM16.00
KUTA
MAKAN BURGER KING – RM25.00
DAY 4 – RM 563.00
SHOPPING
@ TOHPATI VILLAGE – RM 100.00 (Sini shopping boleh guna VISA)
COFFEE
PLANTATION – RM 93 (Beli coffee vanilla, mochachinno, kopi bali and lemongrass
tea) – Sini boleh bayar guna VISA and Ringgit Malaysia. Aku pakai ringgit
Malaysia)
BALE
UDANG – RM 56.00
SHOPPING
@ AGONG AND KRISNA – RM 180.00
HOTEL
RAMADA – RM 134.00
DAY
5 – RM 202.00
BAYAR
SUPIR – RM167.00
TIPS
TO SUPIR – RM 35.00
TOTAL HABIS : RM 2,088.50
CONTACT SUPIR
+62
815 582 89999 (PAK YANTO BALI)
xoxo,
NEE
No comments:
Post a Comment