Wednesday, 7 March 2018

Tunamaya Beach & Spa Resort Desaru

Assalamualaikum w.b.t


Selamat tahun 2018 semua orang! Walaupun lambat wish dah masuk bulan 3 dah pun dik non oi. As usual, bila tibanya waktu-waktu cuti panjang pastinya saya sejenis kaki merayap tak reti duduk rumah akan pergi mengukur jalan walaupun tempat yang di pergikannya itu dekat (apa bahasa aku ni?) Jadi pada cuti raya cina yang lepas 18-19 Feb, saya pergi konon-konon short vacation di Desaru. Ye Desaru je kak. Hahahaha.

Bagi saya, tidak ada apa yang menarik pun di Desaru ni, tetapi disebabkan saya ni sejenis manusia yang sangat sukakan pantai dan pemandangannya, Desaru adalah pilihan yang baik memandangkan dia tak jauh daripada Johor Bahru. Perjalanan daripada Johor Bahru ke Desaru hanya memakan masa lebih kurang 40-45 minit sahaja. Destinasi pilihan saya pada kali ini adalah Tunamaya Beach & Spa Resort.



Pemandangan dari balkoni


Semua bilik menghadap laut.




Kaki buruk dengan gajah layaknya begini jelah




Buaian untuk saya dan partner saya je. Memang muka kami je dekat sini.


Best juga. Yang penting tenang sangat tak ramai orang langsung.


Restoran Nelayan depan laut


My partner in crime


Me-ow




Kaki gajah lagi


Mengenang nasib ke kak




View hotel



Malam tu saya habiskan masa dengan ambil angin laut sambil berborak kosong minum makan aiskrim makan boat noodle tak sedap hahaha maaf tapi makanan dia memang kureng. Kena baiki mutu makanan. memang kena totally ubah la. Makan hotel okay lah tapi kena imporve lagi. So far semua staff tersangat membantu and very friendly. Cuma nak check in agak lambat sedikit tapi check out zass hehehe.


night view



Apa yang menarik dekat Tunamaya ni adalah Sunrise dia. SubhanAllah memang cantik tak terkata sunrise dia. sambil lepak dekat buaian dan kerusi malas yang pihak resort sediakan. DIa punya angin pulak, uish rasa boleh tertanggal baju sebab kuat sangat angin dia but i loike. Hehe.


Subuh


Sunrise






Gigih amoi ni. Aku tak artistik sangat so pakai ambil jela gambar janji ade ghupe.


Beautiful Sunrise


Last day. Kemas-kemas baju 


Ni apa? Tugu Tunamaya ke? Hehe




I love green.
Sepanjang dekat sini aku dah berangan dengan Huda dah nak buat wedding dekat sini lepas tu panggil certain orang je. Juliana Evans sangat perangai kan? Hahaha seriously itu memang idea yang sangat bernas dan akan aku pertimbangkan kalau my mom and makciks2 aku bersetuju (berbual macam dah ada calon nak kawen je kan aku?) Ye saya masih single. Tapi takpe, saya selalu positif mengatakan yang baik pasti akan tiba. Dah tiba nanti saya ajak lah dia pergi Desaru ni sampai muntah. Dia tak nak pun saya paksa jugak. Saye pedulik hape. Hehehe. Doakan saya ye semua. 


Thanks for reading! 

xoxo,
Nee

4 comments:

  1. dari penulisan tau dah mulut tu pot pet macam mane heheheh

    ReplyDelete
  2. Best Casinos in Phoenix, AZ - MapYRO
    Phoenix, AZ - Check 진주 출장안마 out the most popular 시흥 출장마사지 casino locations in Phoenix, including Azteca Casino, the 강원도 출장안마 best poker rooms 공주 출장안마 and casinos in Phoenix and 강릉 출장샵 7500+ other

    ReplyDelete